Salam Sejahtera Dan Selamat Datang

bismillah

berlari-menemui-diri

 

mylatestpic.jpg

 

Kuasa Karektor merupakan hasil kajian yang dijalankan melalui permerhatian, soal selidik dan eksperimen yang dijalankan oleh pengasasnya iaitu Hairi  Hashim selama beberapa tahun dan melibatkan ribuan responden.

Di samping itu, untuk tujuan rujukan dan perbandingan, kajian-kajian daripada beberapa saintis terkenal turut dirujuk. Ianya bukanlah kajian pernomboran atau tilikan nasib, sebaliknya adalah sains yang berasaskan kepada SUNNATULLAH.

Kuasa Karektor kemudiannya menjalani proses asimilasi budaya, penstrukturan modul dan islamisasi selama 1 tahun. Proses ini dilakukan oleh pengasas dengan kerjasama En. Wan Abdillah Bin Wan Embong yang kemudiannya menjadi pengasas bersama Kuasa Karektor.

Kuasa Karektor secara umumnya adalah satu kaedah untuk mengenali diri sendiri melalui karektor semula jadi manusia. Kemudian memanipulasi karektor semula jadi tersebut untuk memperbaiki kehidupan dari segi tingkah laku, perniagaan mahupun cara mempelajari sesuatu.

Kuasa Karektor juga berfungsi sebagai penyelesaian kepada beberapa permasalahan kotemporari masa kini, seperti perbalahan dalam keluarga, keruntuhan akhlak remaja dan kelesuan mahasiswa.

Kuasa Karektor menumpukan usaha penambaikan kepada punca permasalahan iaitu diri individu itu sendiri. Kaedah penyampaian dalam Seminar Kuasa Karektor telah diolah agar ia mudah difahami, menyeronokkan dan kondusif. Kuasa Karektor sesuai untuk semua golongan, waima remaja seawal usia 13 tahun.

Alamilah Kuasa Karektor, ia adalah pengembaraan untuk mengenal diri sendiri dan bertindaksikroni dengan karektor semula jadi anda.

hujurat

5 TUNJANG KUASA KAREKTOR

Manusia Tidak Boleh Hidup Sendiri. Manusia sentiasa perlukan pendamping dalam hidup.

Manusia sentiasa berkomunikasi untuk mencapai matlamat dan keinginannya.

Manusia perlu untuk mengenali fitrah dan sunatullah. Ciptaan Allah adalah amat unik dan istimewa.

Jika manusia kenal akan karektornya sendiri. Maka dipercayai manusia boleh mengimbangi karektornya.

Setiap perubahan karektor , seharusnya dengan niat untuk berubah ke arah “Amar Maaruf, Nahi Mungkar”.